Ahad, 25 April 2010

akhir suatu cemburu

tengah hari tadi aku singgah di facebook kawan lamaku.
erm...kawan masa kecil.
anak jiran kami.
kami jarang bertemu selepas dia berpindah ke kampung lain.
dia pindah ke sana masa umurku 13 tahun.


flash back.

begini,
memandangkan umur kami sama...
dalam banyak keadaan/peristiwa - orang sekeliling akan membanding2kan antara aku dengan dia.
termasuklah emak.


dia lebih cerah dari aku.
dia lebih pandai dari aku.
dia lebih bertuah dari aku.
pendek kata, dia lebih menyerlah dari aku.
lebih bersinar.
lebih disayang.
lebih dipeduli.
apa saja yang dia buat
orang akan berminat hendak tahu.
apa saja tentang dia
orang akan gatal mulut bertanya.

walaupun aku buat benda yang sama (macam yang dia buat) - no ones care.
phew.

apa yang budak 10 tahun akan fikir bila orang dewasa disekelilingnya bersikap bias?

low self esteem.

untuk beberapa tahun, aku mahu mengaku
aku cemburukan dia.
tapi, siapa lagi akan suka aku kalau bukan diriku sendiri?
terima kasih dengan amalan membaca yang aku ada sejak kecil.
membaca membuka minda.
membaca membina dunia baru kita.
aku fikir jika aku salah memilih hobi
sudah lama aku hancur dek kerana low self esteem tahap kronik yang aku ada.
syukur.

current state.

facebooknya penuh dengan segala komen2 orang lain yang ceria (bunyinya)
penuh dengan gambar2 yang sangat bahagia? (mungkin)
seolah2 hidup tidak pernah berakhir
sedang aku?
berbual dengan orang yang sama.
setiap kali.
gambar yang aku upload hanya 4.
tiga gambar candid dan satu gambar ibu bapa ku.
sangatttttttttttttt...berbeza!

usai aktiviti meneroka facebooknya.
cemburuku masih sama macam dulu.
apa yang orang dewasa pernah kata pada aku masa kecil
terngiang2.


apapun...aku bukan budak kecil itu lagi.
menjadi dewasa itu baik daripada menjadi anak kecil.
aku sudah buat keputusan
sejak aku faham apa maksud kesedaran diri.
kita manusia cuma.
penuh dengan perasaan.
dan adilnya TUHAN bila DIA kurniakan kita akal untuk berfikir dan mengawal perasaan2 kurang elok pada diri kita.
tidak ada manusia sempurna.
betul.
tapi percayalah wahai diri
makna bahagia pada setiap hati manusia adalah berbeza.
dia dengan caranya.
aku dengan caraku.
aman bukan?

4:21pm,Ahad.
sedang membaca komik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan