Jumaat, 16 April 2010

3

setiap manusia punya penyesalan tersendiri.

tentang sesuatu pastinya.

janji yang tidak terkotakan pada diri sendiri atau mungkin melibatkan seseorang.

perasaan yang tidak terluahkan pada seseorang.

kebaikan yang tertangguh juga untuk seseorang.

kemaafan yang tak pernah terlintas - sehinggalah peluang itu hilang sama sekali.

ya. lepas is lepas.



peluang hanya sekali.

aku percaya tentang ini.

jika mahu meminta maaf - jangan tangguh.

jika boleh menunaikan janji - jangan berdolak dalih.

jika mahu berbuat baik usah di tunda2.

takut2 akan menyesal.

sudah tentu masa untuk berfikir perlu ada.

soalannya, kenapa perlu berfikir sehingga peluang untuk itu telah hilang baru hendak mengejar?



apa saja takdir yang datang,

sambut dengan kesedaran yang tinggi.

apa saja yang kau suka

selagi halal untukmu,

selagi ia bukan hak orang lain,

usahakan mendapatkannya.

jangan sampai menyesal.



sesal pada dosa2 lepas.

malam kadang2 buat aku takut.

kalau aku tidak boleh tidur,

aku cenderung fikir semua benda2 lepas.

mengelak untuk fikir memerlukan puluhan kata motivasi.

benda yang aku makin faham jadi makin menyakitkan.

yes. it takes courage to forgive and forget.

rupanya memaafkan diri sendiri lebih payah daripada memaafkan orang lain.

kalau boleh aku tidak mahu ingat langsung apa yang aku pernah buat di masa lepas.

kalau boleh aku tidak mahu sejarah itu kejar aku sampai mati.

kalau boleh aku mahu hidup dalam keadaan selalu sedar tentang ini.

kesedihan pasti berlaku. setuju.

tapi penyesalan tidak sepatutnya ada dalam diri.





fuh..

kesimpulannya, yang baik datang dari DIA, yang buruk datang dari diri kita sendiri.

mudah bukan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan