Sabtu, 12 Jun 2010

hati yang cekal

jika benar hidup paling menghancurkan,
sudah lama orang2 yang membesarkan aku
give up awal2.


tidak perlu mencari ketabahan hati dari orang kau tidak kenal
contoh terbaik berada di depan mata.

ibu bapa kau sendiri.

Selasa, 11 Mei 2010

Silent or ......

no fighting.
no hard feeling.
cruel words only get both parties hurt.
actually lot of thing is better left unsaid.
maybe.

Ahad, 25 April 2010

akhir suatu cemburu

tengah hari tadi aku singgah di facebook kawan lamaku.
erm...kawan masa kecil.
anak jiran kami.
kami jarang bertemu selepas dia berpindah ke kampung lain.
dia pindah ke sana masa umurku 13 tahun.


flash back.

begini,
memandangkan umur kami sama...
dalam banyak keadaan/peristiwa - orang sekeliling akan membanding2kan antara aku dengan dia.
termasuklah emak.


dia lebih cerah dari aku.
dia lebih pandai dari aku.
dia lebih bertuah dari aku.
pendek kata, dia lebih menyerlah dari aku.
lebih bersinar.
lebih disayang.
lebih dipeduli.
apa saja yang dia buat
orang akan berminat hendak tahu.
apa saja tentang dia
orang akan gatal mulut bertanya.

walaupun aku buat benda yang sama (macam yang dia buat) - no ones care.
phew.

apa yang budak 10 tahun akan fikir bila orang dewasa disekelilingnya bersikap bias?

low self esteem.

untuk beberapa tahun, aku mahu mengaku
aku cemburukan dia.
tapi, siapa lagi akan suka aku kalau bukan diriku sendiri?
terima kasih dengan amalan membaca yang aku ada sejak kecil.
membaca membuka minda.
membaca membina dunia baru kita.
aku fikir jika aku salah memilih hobi
sudah lama aku hancur dek kerana low self esteem tahap kronik yang aku ada.
syukur.

current state.

facebooknya penuh dengan segala komen2 orang lain yang ceria (bunyinya)
penuh dengan gambar2 yang sangat bahagia? (mungkin)
seolah2 hidup tidak pernah berakhir
sedang aku?
berbual dengan orang yang sama.
setiap kali.
gambar yang aku upload hanya 4.
tiga gambar candid dan satu gambar ibu bapa ku.
sangatttttttttttttt...berbeza!

usai aktiviti meneroka facebooknya.
cemburuku masih sama macam dulu.
apa yang orang dewasa pernah kata pada aku masa kecil
terngiang2.


apapun...aku bukan budak kecil itu lagi.
menjadi dewasa itu baik daripada menjadi anak kecil.
aku sudah buat keputusan
sejak aku faham apa maksud kesedaran diri.
kita manusia cuma.
penuh dengan perasaan.
dan adilnya TUHAN bila DIA kurniakan kita akal untuk berfikir dan mengawal perasaan2 kurang elok pada diri kita.
tidak ada manusia sempurna.
betul.
tapi percayalah wahai diri
makna bahagia pada setiap hati manusia adalah berbeza.
dia dengan caranya.
aku dengan caraku.
aman bukan?

4:21pm,Ahad.
sedang membaca komik.

Jumaat, 16 April 2010

3

setiap manusia punya penyesalan tersendiri.

tentang sesuatu pastinya.

janji yang tidak terkotakan pada diri sendiri atau mungkin melibatkan seseorang.

perasaan yang tidak terluahkan pada seseorang.

kebaikan yang tertangguh juga untuk seseorang.

kemaafan yang tak pernah terlintas - sehinggalah peluang itu hilang sama sekali.

ya. lepas is lepas.



peluang hanya sekali.

aku percaya tentang ini.

jika mahu meminta maaf - jangan tangguh.

jika boleh menunaikan janji - jangan berdolak dalih.

jika mahu berbuat baik usah di tunda2.

takut2 akan menyesal.

sudah tentu masa untuk berfikir perlu ada.

soalannya, kenapa perlu berfikir sehingga peluang untuk itu telah hilang baru hendak mengejar?



apa saja takdir yang datang,

sambut dengan kesedaran yang tinggi.

apa saja yang kau suka

selagi halal untukmu,

selagi ia bukan hak orang lain,

usahakan mendapatkannya.

jangan sampai menyesal.



sesal pada dosa2 lepas.

malam kadang2 buat aku takut.

kalau aku tidak boleh tidur,

aku cenderung fikir semua benda2 lepas.

mengelak untuk fikir memerlukan puluhan kata motivasi.

benda yang aku makin faham jadi makin menyakitkan.

yes. it takes courage to forgive and forget.

rupanya memaafkan diri sendiri lebih payah daripada memaafkan orang lain.

kalau boleh aku tidak mahu ingat langsung apa yang aku pernah buat di masa lepas.

kalau boleh aku tidak mahu sejarah itu kejar aku sampai mati.

kalau boleh aku mahu hidup dalam keadaan selalu sedar tentang ini.

kesedihan pasti berlaku. setuju.

tapi penyesalan tidak sepatutnya ada dalam diri.





fuh..

kesimpulannya, yang baik datang dari DIA, yang buruk datang dari diri kita sendiri.

mudah bukan?

Jumaat, 9 April 2010

2

tahu tidak kenapa orang yang single tidak takut sunyi?

kerana belum muncul orang yang bisa buat dia merindu.

tahu tidak kenapa orang yang single selalu rasional?

kerana belum muncul insan yang akan buat hidupnya onar.

tahu tidak kenapa orang single masih single?

sebab dia tidak tahu betapa hebatnya mempunyai seseorang

Khamis, 8 April 2010

1

sehari
mungkin sudah cukup untuk kita memahami seseorang yang baru kita kenal
asal saja kita berani membuka hati kita

sehari
mungkin cukup untuk hancurkan sebuah persahabatan yang terjalin berpuluh tahun lamanya
asal saja kau mahu mengkhianatinya

sehari
mungkin sudah cukup untuk sepasang suami isteri bercerai berai
sebaik saja rasa percaya itu hilang
curiga hari2. cemburu hari2. ego hari2.

yang paling baik,
sehari
sudah cukup untuk merawat hati yang paling rawan
paling senteng
paling terkhianat
paling dimangsai
paling ego
asal saja kau betul2 tunduk kepadaNYA.
tunduk!
kau bukan menyembah manusia.
tapi DIA.